Harga
Hujung Minggu : RM 200.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 170.00 / Unit / Hari
Chalet Atas Bukit atau lebih dikenali sebagai Chalet Kelicap terdiri daripada 7 unit chalet.
Chalet ini terletak di bahagian lereng bukit dan konsepnya hampir sama dengan Chalet 1 1/2 Tingkat.
Chalet ini mempunyai loteng dimana di loteng tersebut terletak 3 unit tilam bujang beserta kipas, manakala
di bahagian bawahnya terdapat 2 unit katil bujang. Setiap chalet ini dilengkapi dengan kemidahan tandas, televisyen,
ASTRO dan Kipas. Pengunjung pasti teruja dengan pemandangan yang boleh dilihat dari chalet ini.
Ia sesuai untuk 5 - 6 orang (Maksimum 6 Orang) dalam satu masa. Walaupun tidak dibekalkan dengan kemudahan aircond, namun kedudukannya di kawasan tinggi menjadikan ia lebih sejuk dari chalet-chalet yang lain.
Chalet Hill Homes (Enggang dan Cenderawasih)
Harga
Hujung Minggu : RM 140.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 120.00 / Unit / Hari
Chalet ini di bina di puncak Kalumpang Resort. Chalet ini terdiri dari 2 unit chalet iaitu Enggang dan Cenderawasih.
Chalet ini hampir sama dengan konsep chalet 1 1/2 Tingkat di mana ia boleh memuatkan seramai 5 - 6 orang (Maksimum 6 Orang) dalam satu masa.
Di dalamnya terdapat 2 unit katil bujang di bahagian bawah dan 3 unit chalet di bahagian loteng. Chalet ini amat sesuai untuk pengunjung yang gemar akan suasana yang lebih privasi dan mencabar kerana untuk sampai ke chalet ini pengunjung perlu mendaki bukit melalui laluan yang di sediakan. Selalunya ia di jadikan chalet persinggahan bagi aktiviti pacuan 4 roda.
Kembali
Chalet Kabin
Chalet Layang-layang 1 hingga 9

Harga
Hujung Minggu : RM 220.00 / Unit / Hari
Hari Biasa : RM 200.00 / Unit / Hari
Chalet Kabin atau lebih dikenali dengan nama Chalet Layang-layang mempunyai 9 unit di mana setiap satunya boleh memuatkan
seramai 8 orang (Maksimum 8 Orang). Chalet ini mempunyai 4 unit katil 'double decker', Televisyen, Kipas, ASTRO dan Aircond. Kesemua chalet ini terletak
berhampiran dengan sungai dan pintu pagar kedua Kalumpang Resort. Chalet ini amat sesuai untuk peserta kursus memandangkan
kedudukannya yang berhampiran dengan dewan, padang dan kafe. Landskap chalet ini amat mengujakan dengan kehadiri sungai kecil
dan kolam serta wakaf yang dibina berhampiran.
Chalet ala Flintstone ini di bina di bahagian atas bukit berhampiran dengan kolam buatan dan di penuhi oleh
pohon buah-buahan. Chalet ini menawarkan kemudahan tempat memasak untuk kemudahan pengunjung
yang gemar menyediakan juadah sendiri untuk keluarga.
Chalet ini amat sesuai untuk keluarga yang sukakan aktiviti yang lebih privasi dan ia lebih menyeronokkan apabila
tiba musim buah-buahan.
Terdapat perbezaan di kalangan chalet ini antaranya:
Harga
Perindu (9 Unit)
Hujung Minggu : RM 220.00 / Unit / Hari
Hari BIasa : RM 200.00 / Unit / Hari
Chalet ini dilengkapi dengan 3 unit katil bujang dan boleh ditambah dengan beberapa unit tilam lagi. Chalet ini boleh memuatkan seramai 3 - 4 Orang Dalam satu masa (Maksimum 4 orang). Dilengkapi dengan kemudahan aircond
Harga
Asrama Perindu (7 Unit)
Hujung Minggu : RM 160.00 / Unit / Hari
Hari BIasa : RM 140.00 / Unit / Hari
Terdapat 7 Unit Asrama yang dibina di Perindu Resort. Kesemuanya dilengkapi dengan kemudahan tilam, tandas dan kipas.
Harga
Hujung Minggu : RM 220.00 / sehari / seunit
Hari Biasa : RM 200.00 / Sehari / Seunit
Chalet ini terletak berhampiran dengan chalet Camar dan Bayan. Chalet ini mempunyai 3 Unit katil bujang dan dilengkapi dengan telivisyen, astro, aircond,
almari dan tandas. Ia boleh memuatkan sekitar 3- 4 orang dalam satu masa.
Harga
Hujung Minggu : RM 220.00 / sehari / seunit
Hari Biasa : RM 200.00 / sehari / seunit
Chalet ini terletak berhampiran dengan chalet layang-layang. Chalet ini dilengkapi dengan dua unit katil bujang, satu unit almari, televisyen dan astro serta aircond.
Terdapat 6 unit chalet walid.

Harga
Hujung Minggu : RM 200 / Sehari / Seunit
Hari Biasa : RM 170 / Sehari / Seunit
Chalet ini terletak berhampiran dengan Chalet Tepi Sungai. Rekabentuknya hampir sama dengan Chalet Walid. Di dalamnya terdapat 2 Unit Katil Bujang, Peti Telivisyen dan Sebuah Almari.
Walaupun chalet ini tidak dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, namun chalet ini tetap dalam keadaan sejuk dan selesa bagi pengunjung yang cintakan situasi yang lebih semula jadi.


Harga
Hujung Minggu : RM 220 / Seunit / Sehari
Hari Biasa : RM 200 / Seunit / Sehari
Chalet ini terletak hampir dengan sungai. Kelihatan lebih eksklusif dan dilengkapi dengan 2 unit katil bujang, TV, ASTRO, Almari dan tandas.
Pemandangan dari chalet ini amat menarik kerana kedudukannya yang menghadap sungai.
Kembali
Harga
Hujung Minggu : RM 220.00 / sehari / seunit
Hari Biasa : RM 200.00 / sehari / seunit
Chalet ini terletak di atas bukit berhampiran dengan Kafe dan Tempat Parking Kereta. Chalet ini dilengkapi dengan dua unit katil bujang, satu unit almari, televisyen dan astro serta aircond. Walaupun kedudukannya jauh dari sungai. Namun pemandangan dari chalet ini amat menarik.
Terdapat 6 unit Chalet Pungguk.
Kembali
Memerang
Harga : RM 250.00 / Unit / Hari (2 Unit)
Chalet ini pula dibina di atas sungai kecil di bahagian hadapan Kalumpang Resort.
Ia boleh memuatkan seramai 10 orang dan sesuai untuk keluarga.
Di dalamnya terdapat kipas dan bilik air.
Selain itu, asrama ini juga tidak di sertakan dengan katil, dimana pengunjung akan tidur di atas tilam sahaja bagi mengekalkan ciri-ciri rumah kampung.
Kembali
PENGINAPAN ASRAMA
Asrama (Murai Batu 1 dan 2, Raja Udang dan Rajawali 1 dan 2)

Asrama Murai Batu 1 dan 2, Asrama Rajaudang
Harga : RM 1,000.00 / Unit / Hari
Asrama Rajawali 1 dan 2
Harga : RM 800.00 / Unit / Hari
Sebagai memenuhi keperluan pengunjung yang ingin datang berkursus dalam jumlah yang ramai, pihak Kalumpang
Resort telah menyediakan 5 unit asrama yang setiap satunya boleh memuatkan sekitar 50 orang. Setiap asrama dibekalkan
dengan 25 unit katil ' double decker' dan dilengkapi dengan kipas, tandas dan bilik mandi.
Tapak Perkhemahan

Harga : RM 20.00 / Tapak / Hari
Selain tempat penginapan chalet dan asrama, Kalumpang Resort juga tidak melupakan pengujung yang gemar akan
aktiviti perkhemahan. Untuk itu sebuah tapak perkhemahan di bahagian atas bukit di Kalumpang Resort telah di bina.
Tapak ini boleh memuatkan sebanyak 50 - 70 unit khemah dalam satu masa. Tapak ini turut di sediakan dengan
tandas dan bilik air untuk kemudahan pengguna.
KEMUDAHAN DEWAN
(Dewan Garuda 1 dan 2, Dewan Helang dan Dewan Merpati)

Dewan + PA System = RM650.00
Penggunaan Dewan Sehari (Pagi - Petang) = RM350.00
Tambah LCD =RM220.00
Kemudahan Dewan juga disediakan oleh pihak Resort untuk kegunaan pelanggan yang menjalankan aktiviti indoor seperti kursus dan sebagainya. Kemudahan ini turut disediakan dengan kemudahan PA system, kerusi dan meja. Sebuah dewan boleh memuatkan sebanyak 80 orang dalam satu masa. Dewan juga boleh digunakan sebagai tempat untuk aktiviti seperti jamuan, majlis atau mesyuarat.





Kalumpang Resort turut menyediakan sebuah surau bagi umat islam untuk menunaikan solat. Surau ini boleh memuatkan seramai 100 orang dalam satu masa.
Kemudahan_Lain
KAFETARIA
Selain itu, resort tidak lupa menyediakan sebuah kafeteria untuk para pengunjung yang hadir. Dengan adanya kafeteria ini boleh memudahkan para pengunjung menjamu selera.
Kafeteria ini boleh memuatkan seramai 200 orang dalam satu masa. selain itu, tempat karoake juga disediakan untuk para pengunjung yang hadir.
WAKAF
Wakaf kasturi, Wakaf baru, Wakaf sedap malam = RM 50.00
Wakaf Anggerik,Wakaf Kemboja, Wakaf Melati,Wakaf Lily = RM 30.00
Selain tempat penginapan chalet dan asrama, Kalumpang Resort juga tidak melupakan pengunjung yang ingin beristirehat ketika waktu lapang.
Untuk itu beberapa wakaf telah kami sediakan untuk pengunjung yang hadir beristirehat. Wakaf ini boleh memuatkan sebanyak 10-30 orang dalam satu masa.
TANDAS AWAM
Selain itu, tandas awam juga disediakan oleh pihak resort untuk kemudahan pengunjung awam. Tandas awam ini boleh digunakan oleh pengunjung yang tidak menginap di Kalumpang Resort.
Kemudahan_Lain

Di Kalumpang Resort juga terdapat taman rekreasi. Taman rekreasi ini amat sesuai kepada pengunjung yang menginginkan suasana yang tenang
kemudahan lain
PADANG

Sewa Padang = RM 100.00
Sewa Padang Perindu = RM 200.00
Kalumpang Resort juga menyediakan kawasan padang untuk pengunjung yang ingin mengadakan aktiviti permainan dan lain-lain. Padang di Kalumpang Resort terbahagi kepada dua iaitu di Kalumpang Resort dan di Perindu Resort.
Kemudahan lain yang disediakan oleh Kalumpang Resort adalah kolam mandi. Kolam mandi juga dibahagikan kepada dua iaitu kanak-kanak dan orang dewasa.
Di Kalumpang Resort juga terdapat kolam ikan. Terdapat beberapa jenis ikan yang terdapat didalam kolan ikan tersebut. Tapi ingat, ikan yang dipelihara bukan untuk dipancing.
TEMPAT PARKING
Tempat parking juga disediakan kepada para pengunjung yang hadir ke resort tersebut. Ini memudahkan kepada pengunjung yang ingin bermalam beberapa hari di Kalumpang Resort.
TEMPAT BERKHELAH
Selain menginap di Kalumpang Resort, pihak Kalumpang Resort juga turut menyediakan tempat untuk berkhelah. Kawasan ini terletak berhampiran sungai dan dihiasi dengan keindahan alam flora serta gunung ganang yang menghijau. Selain itu, Kalumpang Resort turut di penuhi dengan pokok bunga dan buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak, manggis dan pulasan. Anda pasti teruja jika berada di Kalumpang Resort ketika musim buah tiba. Kerana segalanya di hadiahkan percuma untuk santapan anda. Syurgia di ingatkan buah-buahan adalah untuk dimakan di resort sahaja, tidak boleh dibawa pulang.
KEDAI CENDERAMATA

Tidak lengkap rasanya jika mengunjungi Kalumpang Resort tanpa membawa pulang sebarang cenderamata dari sini.
Untuk itu, pihak resort juga menyediakan kedai cenderamata untuk para pengunjung yang hadir.
Pengunjung juga boleh membeli cenderamata sebagai kenangan.
MINI ZOO
Pasti anda tertarik apabila kedatangan anda di sambut dengan telantah lincah si untung (monyet) di pintu masuk Kalumpang Resort. Selain keindahan flora yang indah, Kalumpang Resort juga menyediakan banyak fauna yang agak jarang ditemui di bandar. Antara haiwan peliharaan kami ialah Burung Kakak Tua, Burung Merpati, dan Monyet.
MINI MARKET

Lapar? Atau tertinggal keperluan peribadi anda? Usah risau, kunjungilah pasar mini kami.
Kami menyediakan pelbagai keperluan harian anda disamping makanan dan minuman bagi mengisi perut anda yang kosong sebaik sahaja naik dari sungai.
Di Kalumpang Resort juga terdapat sebuah Coffee House untuk kemudahan para pengunjung.
Kami juga turut menyediakan hidangan ala carte dan makanan segera seperti buger dan kentang goreng.
Di samping itu, para pengunjung juga boleh menghayati pemandangan air sungai sambil menikmati juadah yang disediakan sambil diiringi dengan bunyian alunan air sungai yang mengalir tanpa henti
RENTAS HALANGAN
Pihak Kalumpang Resort juga menyediakan kawasan rentas halangan kepada mereka yang mengemarkan aktiviti lasak dan mencabar.
Kawasan rentas halangan ini juga sesuai digunakan kepada mereka yang menjalani latihan, kursus motivasi dan ketahanan fizikal.
Kemudahan_Lain