Kalumpang Resort And Training Centre
Alamilah Keindahan Alam Semulajadi Yang Mengasyikkan

 
 
PASIR PUTIH RESORT
 
Pasir Puteh Resort merupakan sebuah resort dibawah naungan Kalumpang Resort and Training Centre. Resort ini terletak hanya 1 Kilometer sebelum tiba di Kalumpang Resort and Training Centre.
 
Pasir Puteh Resort lebih memberi penekanan terhadap penyediaan tapak perkhemahan. Ini kerana resort ini mempunyai tanah yang landai dan berhampiran dengan sungai. Jadi ia lebih kondusif untuk pengguna yang gemar akan aktiviti perkhemahan.
       

                                                

   


Hampir 100 unit khemah boleh ditempatkan di sini dan dibekalkan dengan kemudahan seperti tandas, tempat memasak, surau terbuka serta kemudahan dewan yang boleh memuatkan sehingga 500 orang dalam satu masa.
 
              
Walau bagaimana pun, terdapat 8 unit chalet disediakan di sini sebagai kemudahan kepada pelanggan yang ingin menginap di dalam chalet. Chalet yang boleh memuatkan seramai 4 hingga 8 orang ini dibina berhampiran dengan kawasan padang dan sungai.


 
CAJ MASUK : RM 5.00 / ORANG (DEWASA DAN KANAK-KANAK)
 
HARGA CHALET
 
CHALET
BIL. PENGUNJUNG
KEMUDAHAN
HARGA (RM)
HUJUNG MINGGU

MUTIARA 1 - 7
8 ORANG
4 UNIT KATIL DOUBLE DECKER
220.00

MUTIARA 8
4 ORANG
2 UNIT KATIL DOUBLE DECKER
200.00

NILAM 8
4 ORANG
2 UNIT KATIL SINGLE
220.00

 
 
HARGA DEWAN PASIR PUTEH
 
 DEWAN
BIL PENGUNJUNG
KEMUDAHAN
HARGA (RM)
 
 HUJUNG MINGGU
HARI BIASA
 DEWAN PASIR PUTEH
150 - 200 ORANG
KIPAS, KERUSI, MEJA
 800.00
 
HARGA KHEMAH
 
CAJ MASUK
DEWASA
 KANAK-KANAK (5-12 TAHUN)


 RM 10.00 / ORANG
 RM 5.00 / ORANG
PAKEJ KHEMAH
 
TAPAK KHEMAH (20 KAKI X 20 KAKI)
RM 50.00 / LOT
 
Setiap Pelanggan Yang
Mengambil Penginapan Khemah
Perlu Membuat Bayaran Caj Masuk
(Sila Rujuk Kadar Caj Masuk)
*Kadar Caj Adalah Per Hari
TAPAK KHEMAH + WAKAF (20 KAKI X 20 KAKI)
RM 80.00 / LOT
WAKAF RM 50.00 / UNIT
CAJ ELEKTRIK (PLUG POINT)RM 15.00 / HARI
 
                                                                                                    
 
Kini Pasir Puteh Resort turut dilengkapi dengan kemudahan Khemah Big Tent dan Asrama Kanvas yang boleh memuatkan seramai 20 Orang seunit
 
 
Pasir Puteh Resort bukan sahaja sesuai untuk tujuan perkhemahan, tetapi ia juga turut sesuai untuk dijadikan tempat perkhelahan atau percutian keluarga kerana kedudukannya lebih sunyi dan tenang. Sesuai dengan citarasa pelanggan yang sukakan penginapan yang privacy. 
 
       
 
Pasir Puteh Resort kerap dikunjungi oleh Unit Beruniform serta pasukan silat sebagai salah satu venue latihan mereka kerana kedudukan Pasir Puteh yang bersesuaian dengan program yang mereka kendalikan.
Antara pasukan yang kerap mengunjungi Pasir Puteh Resort ialah Akademi Bomba Selangor serta Unit Beruniform Sekolah.